Monday, January 31, 2011

jom pakat ramai2 pergi sana.... !!!!!!

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM
ANJURAN PUSAT ISLAM UPSI SIJIL DIKELUARKAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM PERAK TARIKH :12-13 FEB 2011 HARI :SABTU & AHAD TEMPAT :BILIK LATIHAN BLOK C PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG Untuk keterangan lanjut dan borang penyertaan sila hubungi ke pejabat am Pusat Islam Aras 2, Blok C Tel: 05-4505473 / 5476 TEMPAT TERHAD UNTUK 200 ORANG SAHAJA. YURAN RM 80
News Type: Regular Posted By: Noorheli binti Ayob Date Posted: 28 Jan 2011, 03:35:06 PM

Friday, January 14, 2011

UJIBAKAT PENYANYI BIGBAND UPSI

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Adalah dimaklumkan, pasukan Bigband UPSI sedang mencari bakat pelajar yang boleh menyanyi sambil di iringi melodi Band. Satu ujibakan akan diadakan seperti butiran berikut :


Tarikh : 18 & 19 Januari 2011 (Selasa & Rabu)
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang / 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Studio Latihan Pemuzik, Bangunan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan



Lagu sesi ujibakat :
1 ] It don't mean a thing
2 ] Cry me a river
3 ] Si Baju Hijau
4 ] My Heart will go on


Sebarang pertanyaan, sila hubungi 05-4506710 (Unit Pemuzik)

UJIBAKAT NASYID UPSI

Anda BERMINAT DAN BOLEH MENYANYI?

Dijemput untuk datang ke sesi ujibakat ahli Nasyid UPSI 
seperti berikut :


Tarikh : 18, 19 & 21 Januari 2011
Masa : 8.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Studio Tarian, Ting.4, Bangunan HEP.



Syarat-syarat ujibakat :
-Lelaki ( Islam )
-Semester 1- 6
- Bersedia dengan beberapa buah lagu bagi setiap individu
-Pemilihan lagu adalah bebas

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Salam kepada semua pembaca..

Selamat menyambut tahun baru 2011..
mulakan tahun baru ini dengan azam yang baru..
semangat yang baru..
untuk sama-sama menghadapi semester yang baru..
jadikan result semester 1 sebagai perangsang..

MAJULAH AKADEMIK UNTUK AT48!!


Monday, December 27, 2010

PENDAFTARAN SEMESTER SECARA ONLINE

1) Pendaftaran semester WAJIB dibuat secara ONLINE melalui MyUPSI Portal dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Universiti. Pelajar boleh mendaftar Semester secara online bermula pada 27 Disember 2010 hingga 3 Januari 2011.


2) Pelajar yang akan menjalani Praktikum/Latihan Mengajar juga DIWAJIBKAN membuat pendaftaran semester secara ONLINE. 


3) Pelajar dikehendaki mengemaskini profil pelajar terutama maklumat bagi alamat rumah dan nombor telefon yang terkini agar memudahkan proses penghantaran surat menyurat kepada pelajar.


4) Pelajar yang lewat mendaftar semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 4 Januari 2011.


5) Pendaftaran Semester adalah tertakluk kepada Panduan dan Peraturan Akademik (Bagi Pelajar Lama) dan tertakluk kepada Kaedah UPSI (Perkara Akademik) 2008 (Bagi Pelajar Mulai Ambilan Julai 2008).


6) Jadual Kuliah TERKINI hanya boleh dicetak selepas Pendaftaran Semester dibuat.


Muat turun : carta alir pendaftaran semester secara online.pdf


Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran).

Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir

  • Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Semester 1 Sesi 2010/2011
  • Program Diploma Lepasan SPM Semester 1 Sesi 2010/2011
  • Program Diploma Pendidikan Tajaan MARA (Jawi) Semester 2 Tahun 2009
  • Program Diploma Pendidikan Tajaan KPM Semester 1 Tahun 2010
  • Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB) Semester 1 Sesi 2010/2011
  • Program Diploma Pendidikan Tajaan MARA (Bangi) Semester 2 Tahun 2009 
Cara 1: Semakan Secara MYSIS ONLINE
Semakan boleh dilakukan mulai pada tarikh 24/12/2010 (Jumaat). Sila layari http://mysis.upsi.edu.my

Cara 2: Semakan Secara SMS
Semakan boleh dilakukan mulai pada tarikh 27/12/2010 (Isnin). Sila taip :

UPSI RESULT No. Kad Pengenalan Katalaluan MyUPSI Portal dan sms ke 15888

contoh : UPSI RESULT 850816084567 password
dan sms ke 15888

*Perhatian : Kepada pelajar yang masih berhutang, keputusan anda tidak dapat disemak melalui mysis online.Sila jelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu untuk membuat semakan keputusan anda.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Unit Peperiksaan:
05-4506321/6949/6318

Tuesday, November 2, 2010

RAHSIA WUDHU'


Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk . Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84 Tangan 95 Kepala 64 Telinga 125 Kaki 125 Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.


Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’

Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda. Sila share dengan rakan2 anda di fb atau blog masing2.

Salam Ukhuwah..~