Monday, December 27, 2010

PENDAFTARAN SEMESTER SECARA ONLINE

1) Pendaftaran semester WAJIB dibuat secara ONLINE melalui MyUPSI Portal dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Universiti. Pelajar boleh mendaftar Semester secara online bermula pada 27 Disember 2010 hingga 3 Januari 2011.


2) Pelajar yang akan menjalani Praktikum/Latihan Mengajar juga DIWAJIBKAN membuat pendaftaran semester secara ONLINE. 


3) Pelajar dikehendaki mengemaskini profil pelajar terutama maklumat bagi alamat rumah dan nombor telefon yang terkini agar memudahkan proses penghantaran surat menyurat kepada pelajar.


4) Pelajar yang lewat mendaftar semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 4 Januari 2011.


5) Pendaftaran Semester adalah tertakluk kepada Panduan dan Peraturan Akademik (Bagi Pelajar Lama) dan tertakluk kepada Kaedah UPSI (Perkara Akademik) 2008 (Bagi Pelajar Mulai Ambilan Julai 2008).


6) Jadual Kuliah TERKINI hanya boleh dicetak selepas Pendaftaran Semester dibuat.


Muat turun : carta alir pendaftaran semester secara online.pdf


Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran).

No comments:

Post a Comment