Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Salam kepada semua pembaca..

Selamat menyambut tahun baru 2011..
mulakan tahun baru ini dengan azam yang baru..
semangat yang baru..
untuk sama-sama menghadapi semester yang baru..
jadikan result semester 1 sebagai perangsang..

MAJULAH AKADEMIK UNTUK AT48!!


Monday, December 27, 2010

PENDAFTARAN SEMESTER SECARA ONLINE

1) Pendaftaran semester WAJIB dibuat secara ONLINE melalui MyUPSI Portal dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Universiti. Pelajar boleh mendaftar Semester secara online bermula pada 27 Disember 2010 hingga 3 Januari 2011.


2) Pelajar yang akan menjalani Praktikum/Latihan Mengajar juga DIWAJIBKAN membuat pendaftaran semester secara ONLINE. 


3) Pelajar dikehendaki mengemaskini profil pelajar terutama maklumat bagi alamat rumah dan nombor telefon yang terkini agar memudahkan proses penghantaran surat menyurat kepada pelajar.


4) Pelajar yang lewat mendaftar semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 4 Januari 2011.


5) Pendaftaran Semester adalah tertakluk kepada Panduan dan Peraturan Akademik (Bagi Pelajar Lama) dan tertakluk kepada Kaedah UPSI (Perkara Akademik) 2008 (Bagi Pelajar Mulai Ambilan Julai 2008).


6) Jadual Kuliah TERKINI hanya boleh dicetak selepas Pendaftaran Semester dibuat.


Muat turun : carta alir pendaftaran semester secara online.pdf


Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran).

Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir

  • Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Semester 1 Sesi 2010/2011
  • Program Diploma Lepasan SPM Semester 1 Sesi 2010/2011
  • Program Diploma Pendidikan Tajaan MARA (Jawi) Semester 2 Tahun 2009
  • Program Diploma Pendidikan Tajaan KPM Semester 1 Tahun 2010
  • Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB) Semester 1 Sesi 2010/2011
  • Program Diploma Pendidikan Tajaan MARA (Bangi) Semester 2 Tahun 2009 
Cara 1: Semakan Secara MYSIS ONLINE
Semakan boleh dilakukan mulai pada tarikh 24/12/2010 (Jumaat). Sila layari http://mysis.upsi.edu.my

Cara 2: Semakan Secara SMS
Semakan boleh dilakukan mulai pada tarikh 27/12/2010 (Isnin). Sila taip :

UPSI RESULT No. Kad Pengenalan Katalaluan MyUPSI Portal dan sms ke 15888

contoh : UPSI RESULT 850816084567 password
dan sms ke 15888

*Perhatian : Kepada pelajar yang masih berhutang, keputusan anda tidak dapat disemak melalui mysis online.Sila jelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu untuk membuat semakan keputusan anda.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Unit Peperiksaan:
05-4506321/6949/6318